Qalbun Salim

Related image


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

‎يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَّلَا بَنُوْنَ ۙ

Yaitu pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna, [QS. Asy-Syu'ara': 88]

‎اِلَّا مَنْ اَتَى اللّٰهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ ؕ

kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan Qalbun Salim (hati yang sejahtera), [QS. Asy-Syu'ara': 89]

♥ Melalui ayat ni Allah SWT membangkitkan suatu frasa yakni qalbun salim yaitu hati yang sejahtera.

♥ Menurut Ibnu Katsir, bagi Ibnu Sirin, yang diterjemahkan oleh Qalbun salim adalah dengan mengetahui Allah SWT adalah haq serta tiada keraguan.

♥ Sekurang-kurangnya terdapat dua hal yang dibincangkan menepati kriteria qalbun salim iaitu pertama, hati yang bersih dari keraguan, dan kedua, hati yang selamat daripada cinta dunia.

♥ Dua kriteria ini sebenarnya menjadi pedoman untuk insan yang ingin berusaha membersihkan hatinya.

♥ Hati yang satu sebenarnya mampu mengawal kesemua anggota lahir. Jika tarikan hatinya kuat kepada kutub positif, maka yang terzahir akan dibicarakan dengan baik dan sebaliknya jika kekutubannya kuat pada negatif yang terhasil juga beraura negatif.

♥ Oleh yang demikian, caknalah dengan kesihatan hati. Sesungguhnya seketul hati itu amat besar fungsinya dan hati yang baik itu mampu menebarkan aura-aura yang baik pada yang berada di sekitarnya serta pastinya mampu menjadikan bicara empunya hati tersebut lebih berkesan.

Ringkasan daripada artikel penuh oleh NUUR HUSNA BINTI KHALID, Pelajar Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam), USM.