Pencinta Hidup Dunia dan Pencinta Hidup Akhirat

Related image


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t

☘Setelah bermacam-macam perkara yang kita telah lalui sepanjang kita berpijak di atas muka bumi ini, pastinya kita sedar akan satu perkara; betapa hidup ini ialah pilihan.

☘Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara, kehidupan menuntut kita untuk membuat pilihan. Akhirnya, apa yang kita pilih semalamlah yang menentukan di mana kita pada hari ini. InshaAllah, pada hari ini saya ingin kongsikan kepada semua tentang Ayat ke 18 dan 19 Surah Al-Isra’ yang menceritakan dua pilihan yang akan menetukan letak duduk kita di sisi Allah.

Pencinta Hidup Dunia dan Pencinta Hidup Akhirat

مَّن كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَّدْحُورً

“Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kebendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. (Al-Isra': 18)

😊Orang-orang yang memilih kehidupan dunia, Allah akan memberikan kesenangan dan kenikmatan hidup kepadanya. Tetapi, di Akhirat nanti mereka akan tersingkir daripada rahmat Allah disebabkan kejahatan mereka.

وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا

Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaba ke arab itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalab orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik. (Al-Isra': 19)

😊Ayat seterusnya pula menerangkan bahawa siapa yang menginginkan Akhirat, dengan menunaikan segala tanggungjawab dan menegakkan segala amalannya di atas keimanan, dia akan penghormatan di atas segala usaha yang dilakukan.

✨Secara konklusinya, kehidupan kita di Akhirat akan bergantung kepada pilihan yang kita lakukan sekarang. Allah semestinya akan memberikan balasan yang adil setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan. Namun, satu perkara penting yang kita perlu ingat ialah, beramal dan berusaha untuk Akhirat tidak menafikan sesorang daripada mengecapi nikmat di dunia. Kita cuma perlu memandang lebih jauh, lebih daripada segala kenikmatan hidup yang ada supaya kita tidak menjadikan kehidupan di dunia sebagai matlamat hidup kita.

wallhu'allam

Sumber: Tafsir fi Zilalil Quran