Bencana Berita Palsu๐Ÿ•ต๐Ÿป‍♂

Related image

Allah Taala berfirman di dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 berbunyi:

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุฅِู† ุฌَุงุกَูƒُู…ْ ูَุงุณِู‚ٌ ุจِู†َุจَุฅٍ ูَุชَุจَูŠَّู†ُูˆุง ุฃَู† ุชُุตِูŠุจُูˆุง ู‚َูˆْู…ًุง ุจِุฌَู‡َุงู„َุฉٍ ูَุชُุตْุจِุญُูˆุง ุนَู„َู‰ ู…َุง ูَุนَู„ْุชُู…ْ ู†َุงุฏِู…ِูŠู†َ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: 6)



Sebab diwahyukan firman Allah yang tersebut, apabila seorang daripada kalangan sahabat mencipta berita bohong terhadap qabilah yang telah Islam, dikatakan bertindak jahat dan tidak mahu mengeluarkan zakat yang menjadi rukun Islam terhadap mereka yang kaya, sehingga Rasulullah ๏ทบ mengutuskan pasukan tentera untuk bertindak. Tiba-tiba pasukan tentera itu mendengar suara azan menandakan mereka tetap menganut Islam. Seterusnya mereka menghantar pemimpinnya menemui Rasulullah ๏ทบ, lalu diwahyukan ayat tersebut kepada Rasulullah ๏ทบ menegaskan betapa sifat bohong menjadikan seseorang itu fasik (jahat).


Sifat fasik menghilangkan kelayakan menjadi wali yang memimpin keluarga dan masyarakat dan juga tidak layak menjadi saksi di mahkamah yang mewajibkan sifat adil, kerana sifat fasik membatalkan sifat adil pada seseorang.



Rasulullah ๏ทบ menegaskan juga bahawa sifat bohong menjadi salah satu bencana di akhir zaman, apabila pembohong orang yang dihormati, kerja bijaknya berbohong dan selepasnya berlaku krisis nilai jati diri yang luhur.



Akhirnya, lakukan muhasabah terhadap diri masing-masing, berfikir dengan akal waras yang berpandukan prinsip iman dan konsep taqwa. Bukan akal yang tidak beriman dan budiman berpandukan selera dan isi perut, yang berakhir dengan menjadi lebih hina daripada isi perutnya.