PENJAGAAN KESIHATAN DITUNTUT KE ATAS UMMAH

Image result for tumblr picture islamic

{كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَلَا تَطْغَوْا فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبِي ۖ وَمَن يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِي فَقَدْ هَوَىٰ} [طه : 81]

 💐Maksudnya: “Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaan-Ku; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia.”


🥗ISLAM menetapkan tujuan kehadirannya adalah untuk memelihara agama, jiwa, akal, kesihatan dan harta benda umat manusia. Manusia yang sihat ialah manusia yang sejahtera serta seimbang jasmani dan rohaninya dan sentiasa aktif. 

🥗Dengan kesihatan, manusia dapat meningkatkan kualiti hidupnya semaksima yang mungkin dan dapat meningkatkan pengabdiannya kepada Allah s.w.t serta sesama manusia.

🥗Agama amat menekankan kepentingan penjagaan kesihatan serta pencegahan sesuatu penyakit. Malah kita diberikan petunjuk oleh Rasulullah s.a.w, supaya apabila ditimpa sesuatu penyakit, kita hendaklah segera mengubatinya kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan pula ubatnya. 

🥗dalam konteks penjagaan kesihatan, antara aspek penting yang diunjurkan oleh al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w dimulai dengan meletakkan prinsip pencegahan lebih baik daripada mengubati✍. manusia yang menjaga kebersihan amat dicintai oleh Allah s.w.t  kerana ia akan menjurus kepada kesihatan fizikal.

🥗untuk menjadi mukmin yg kuat bg memenuhi salah satu Muwassofat Tarbiah ialah dgn cara menjaga bilangan kalori makan, kurangkan fast food atau processed food, rajinkan bersenam 2-3 kali seminggu. 

Selamat Menjalani Kehidupan yang lebih Sihat💕



Sumber rujukan:
http://www.islam.gov.my/images/Kesihatan_Jasmani_Membina_Kesejahteraan_Rohani_-_Rumi.doc